Jenis topologi dalam rangkaian komputer.

Jenis topologi dalam rangkaian komputer


Dalam rangkaian komputer, terdapat berberapa topologi dalam rangkaian. Antara topologi rangkaian adalah:
* Topologi Bas
* Topologi Cincin
* Topologi Pepohon
* Topologi Bintang

Topologi Bas
Topologi ini adalah yang paling mudah dan paling senang digunakan. Rangkaian ini bermula daripada satu hujung kemudian bersambung ke setiap komputer. Rangkaian ini selalunya mudah dibina untuk bilik yang kecil, tetapi menjadi susah jika berada pada rangkaian yang besar. Kelemahannya yang paling ketara adalah komputer biasanya kurang tahan dalam rangkaian. Jika satu komputer gagal berkomunikasi, maka semua komputer akan gagal berfungsi. Maknanya, rangkaian kena di reset semula untuk memulihkan rangkaian ini. Sila lihat gambar rajah dibawah.

Topologi Cincin
Ianya ada persamaan dengan topologi topologi melainkan 2 penghujungnya disambungkan untuk membentuk cincin. Kebaikannya daripada toplogi bas adalah, jika berlaku kerosakan di antara bahagian ia masih dapat berkomunikasi dengan melalui arah pembalikan.. Tetapi kepayahan dan kos yang diambil untuk menyambungkan kedua-dua penghujungnya dalam rangkaian selalunya melebihi kebaikan yang didapati daripada penggunaan topologi cincin. Lihat gambar dibawah.

Topologi Bintang
eralatan khas yang dipanggil hub diletakkan disini kemudian sambungan daripada setiap komputer disambungkan ke hub. Dengan menyambungkan semua komputer terus ke hub, kerosakan pada satu kabel hanya memutuskan perhubungan pada komputer yang berkenaan sahaja. Walaubagaimanapun kerosakan pada hub sahaja akan mengakibatkan kegagalan kepada kesemua komputer yang disambungkan kepadanya berkomunikasi. Keburukannya ialah jumlah kabel yang perlu digunakan untuk melaksanakannya. Dengan pemilihan pusat lokasi yang baik untuk hub, kos boleh diminimakan dan ketahanannya meningkat. Lihat gambar rajah dibawah.

Topologi Pepohon
Topologi seperti ini jarang kita dengar. Jika dengar pada namanya, kita sudah tahu apa fungsinya. Contohnya untuk menghubungkan router makmal 1 ke router makmal 2. Bersama ketiga-tiga asas topologi ini, perekaan kombinasi cantuman (hybrid combination) boleh dihasilkan. Yang selalu digunakan ialah hierarcal. Dalam rekabentuk ini satu talian sahaja melalui daripada hub ke satu bilik dimana diletakkan hub kedua. Kesemua komputer didalam bilik berkenaan disambungkan ke hub kedua ini. Ini mengurangkan jumlah kabel yang diperlukan untuk membina star yang sebenar. Dalam rekabentuk lain pula, satu sambungan daripada hub di salurkan ke bilik darjah dan menyambungkan kesemua komputer di dalam bilik berkenaan dalam bentuk bus kemudian satu lagi penghujung bus disambungkan ke hub tadi.Perekaan boleh dibuat dalam pelbagai bentuk kombinasi cantuman. Pereka harus mengetahui dan memahami kebaikan dan keburukan sebelum melaksanakannya.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
zv7qrnb

One thought on “Jenis topologi dalam rangkaian komputer

  1. kami dapatla banyak pengetahuan darpada kajian ini…..

Leave a Comment

Your email address will not be published.

:alien: :angel: :angry: :blink: :blush: :cheerful: :cool: :cwy: :devil: :dizzy: :ermm: :face: :getlost: :biggrin: :happy: :heart: :kissing: :lol: :ninja: :pinch: :pouty: :sad: :shocked: :sick: :sideways: :silly: :sleeping: :smile: :tongue: :unsure: :w00t: :wassat: :whistle: :wink: :wub:

Myy.my © 2010 ~ 2014. Hak Cipta Terpelihara.

Dikuasakan Oleh Myy Network - Codename: SCHAv1 (Kemaskini 1) 23/02/2014